04 January 2014

Pasang GPS PAPAGO M11 pada Android

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pasang GPS PAPAGO M11 pada Android

Sedang mencari aplikasi GPS PAPAGO! M11?
Terdapat banyak aplikasi GPS yang disediakan pada smartphone secara percuma atau berbayar. Sop sering menggunakan Google Maps untuk GPS kerana Google Maps sekarang ini telah mempunyai penunjuk arah sama seperti aplikasi GPS lain. Cuma Google Maps memerlukan data internet untuk berfungsi sepenuhnya.
Pasang GPS PAPAGO M11 pada Android

Bagi sesetengah aplikasi GPS lain, data internet tidak diperlukan untuk berfungsi seperti PAPAGO! dan Sygic. PAPAGO! antara aplikasi GPS yang diminati ramai kerana peta yang detail dan penggunaan yang mudah.

Bagi mereka yang sedang mencari aplikasi PAPAGO! M11, boleh muat turun dari link berikut:
http://www.mediafire.com/download/fs2b47nnkbcynf1/PAPAGO%21+M11.rar

Untuk mendapatkan fail peta Malaysia, sila download dari link berikut:
http://www.mediafire.com/download/xedq1lrrb4bat3z/MFM-PPG-X8.5-X9-131204.rar
atau:
https://www.hightail.com/download/OGhjT0NjNDJJMHRMWE1UQw (Peta kemaskini 4/12/2013)
atau:
download maps terkini di www.malfreemaps.com

Setelah download semua fail di atas, sila extract kedua-dua fail berikut. Masukkan folder MFM-PPG-X8.5-X9-131204 ke dalam folder Maps yang terdapat dalam NaviM11SGMY.

Pindahkan semua folder NaviM11SGMY ke telefon anda.

Melalui telefon anda, sila ke folder NaviM11SGMY dan install dengan menggunakan PAPAGO!SGMY_Navitotal[H-S].apk.

Kini anda telah mempunyai PAPAGO! M11 di dalam telefon anda. Semoga tidak lagi sesat di jalan raya :)

Pasang GPS PAPAGO M11 pada Android

Untuk tutorial lengkap, anda boleh lawat melalui link ini.

2 comments:


EmoticonEmoticon