22 January 2014

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL pada hari kedua diteruskan dengan perjalanan kami menuju ke Padang Besar pada jam 10.00 pagi. Cuaca pada hari kedua masih baik dan perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Setelah selesai minum, makan dan membeli-beli (pada yang shopping) perjalanan diteruskan ke Baling, Kedah untuk menjamu selera di rumah keluarga salah seorang ahli EduRiders@KL. Perjalanan mula perlahan setelah kami mula memasuki jalan biasa menuju ke Baling, Kedah. Melalui jalan biasa lebih mencabar berbanding lebuhraya tetapi pemandangan melalui jalan biasa lebih menarik. Kami boleh lihat permandangan bukit, sawah padi, kawasan kampung dan sebagainya.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Ketika perjalanan menuju ke Baling, Kedah, motosikal Sop mula bermasalah iaitu 'bearing' tayar belakang telah pecah. Pada mulanya Sop ingat tayar yang pancit kerana semasa selekoh tayar mula goyang. Setelah pemeriksaan didapati 'bearing' yang pecah. Oleh kerana tiada bengkel motosikal besar di kawasan itu, Sop meneruskan perjalanan ke destinasi yang dirancang dengan perlahan-lahan.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kami tiba di destinasi dengan selamat tetapi masa jauh berbeza dari yang dirancangan. Keluarga ahli EduRiders@KL telah menyediakan makan tengah hari kepada kami tetapi kami tiba hampir pada jam 4.00 petang. Masakan menu kampung dengan ulam-ulam memang menyelerakan. Bukan mudah untuk mendapat menu masakan kampung seperti ini.

Selesai makan dan solat, Sop meminta kebenaran untuk bergerak lebih awal dari situ untuk ke bengkel. 5 orang rakan menemani Sop untuk ke bengkel yang terletak di Padang Serai. Maklumat tentang bengkel motosikal di Padang Serai telah rakan dapat melalui internet dengan bertanyakan mereka yang tinggal di Baling, Kedah. jarak dari Baling ke Padang Serai lebih kurang 45KM tetapi perjalanan mengambil masa 1 jam lebih. Motosikal Sop hanya mampu bergerak dalam 50 - 70kmj sahaja kerana tayar mula telah bergoyang.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kami akhirnya sampai di bengkel dan urusan membetulkan motosikal berjalan lancar. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang yang mana penginapan kami ialah di Holiday Inn, Batu Feringgi. Kami tiba di hotel lebih kurang jam 9.00 malam.

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Pada malam tersebut, kami hanya berehat selepas makan malam di warung hadapan kawasan Holiday Inn ini. Sop hanya sempat meninjau-ninjau gerai di sekitar hotel sahaja walaupun banyak gerai jualan yang dibuka sepanjang jalan tersebut.

Ikuti review mengenai hotel Holiday Inn dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

Kembara Utara EduRiders@KL - Hari Kedua

6 comments:

  1. ada motor bagus jalan-jalan makin angin dari kereta banyak tekan minyak heeee

    ReplyDelete
  2. best tgk org bwk moto besar..huhu

    ReplyDelete
  3. wah, seronoknya rider ramai-ramai seperti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonok
      sambil berjalan dapat merapatkan hubungan antara ahli :)

      Delete


EmoticonEmoticon