03 January 2014

Hari pertama persekolahan Azfar dan Azwar 2014

Selamat selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari pertama persekolahan 2014
Siap untuk ke sekolah agama
Hari pertama persekolahan merupakan antara hari dalam sejarah yang tidak mungkin kita akan lupakan. Ada yang menjadi manis dan ada juga sebaliknya. Sop sendiri masih ingat hari pertama persekolahan dulu kerana ia merupakan kenangan pertama memulakan persekolahan.

Hari pertama persekolahan 2014
Sempat bersarapan di kedai mamak dulu :)

Sekarang ini, persekolahan telah dimulakan dengan orientasi yang mana banyak membantu permulaan persekolahan pada hari pertama. Pada hari sebenar, murid-murid lebih bersedia dan yakin untuk memulakan alam persekolahan.

Tahun lepas telah memulakan alam persekolahan dan tahun ini giliran Azwar pula. Oleh kerana Azwar sebelum ini telah memulakan persekolahan di alam pra sekolah, jadi untuk tahun ini tiada masalah untuk Azwar memulakan persekolahan tahun 1.

Bermula dengan sesi sekolah agama, masing-masing telah bangun tidur awal. Walaupun telah mengikuti orientasi, kami masih perlu memantau perjalanan hari pertama. Bukan kami sahaja malah kesemua ibubapa lain turun melakukan perkara yang sama. Semasa memulakan persekolahan, waktu rehat dan waktu balik semua ibubapa ramai memantau anak-anak masing-masing.

Hari pertama persekolahan 2014
Siap untuk ke sekolah kebangsaan pula
Alhamdullah, perjalanan persekolahan Azfar dan Azwar berjalan lancar. Semua urusan pendaftaran dan bas telah diuruskan.

Azfar juga memulakan hari pertama sebagai pengawas pada tahun ini. Beliau juga teruja memakai baju biru dan ves. Tahniah kepada Azfar yang dilantik menjadi pengawas :)

Galeri gambar:

Hari pertama persekolahan 2014

Hari pertama persekolahan 2014

6 comments:

  1. wahh seronoknya tengok mereka.. mesti mereka teruja !! alamak rindu masa sekolah dulu-dulu .. belajar rajin-rajin ye dik

    ReplyDelete
  2. Sekolah agama mana ni ? Teringat zaman kanak-kanak dulu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah agama di setapak jaya.
      Thx bro Syok Bola

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    Abgsop, pagi2 lagi, azfar n azwar minum sekotak susu..good.. :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon