Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pada 11 Januari 2014 (Sabtu), telah berlangsung "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" di Sunway Pyramid yang melibatkan 10 penyertaan peringkat akhir untuk merebut gelaran juara. Juara "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" ini akan mewakili negara untuk bertanding gelaran Asia's Best Student Dancer di Tokyo nanti.
 |
Persembahan kumpulan SHAKELOVEBOOM |
Setelah 10 persembahan dibuat, pihak juri yang terdiri daripada Boojae Fadzil (Floor Fever), Fellest Yan (Royal Phantom Crew) dan FishBoy (Artis Jepun) memilih 5 persembahan terbaik untuk ke peringkat akhir.
 |
5 teratas untuk peringkat akhir |
Peserta 5 teratas GATSBY 6th Dance Competition Malaysia yang berjaya meneruskan persembahan berikutnya untuk dinobatkan sebagai juara. Semua peserta kelihatan hebat dengan persembahan yang menarik dengan tema yang berbeza.
 |
Persembahan Alex Poppin' Rex |
Sebelum pengumuman pemenang GATSBY 6th Dance Competition Malaysia, pesembahan iringan telah dilakukan penari jemputan iaitu Alex Poppin' Rex dan para juri.
 |
Pitt Den dipilih sebagai juara |
Pitt Den telah diumumkan sebagai juara "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" dan beliau merupakan juara bertahan tahun lepas. Juara "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" telah memenangi hadiah RM2,000 tunai dan akan ditanggung perbelanjaan sepenuhnya untuk mewakili negara dalam Asia's Best Student Dancer pada 1 Mac 2014 nanti.
Tempat kedua "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" dimenangi oleh Funk P dan tempat ketiga "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" pula ialah Vanity Crew yang membawa pulang RM1,000 dan produk GATSBY bernilai RM500.
"GATSBY 6th Dance Competition" dicipta khas untuk pelajar yang cintakan tarian. "GATSBY 6th Dance Competition" terbuka kepada semua pelajar terdiri daripada negara Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Philippine, Singapura, Taiwan, Thailand dan Jepun.
Untuk maklumat lanjut mengenai "GATSBY 6th Dance Competition Malaysia" ini, sila layari www.gatsbt.com.my/dance
Galeri gambar:
 |
Pengacara |
 |
Kumpulan Black |
 |
Angel |
 |
Bey Heng Seng |
 |
Vanity Crew |
 |
Dylan |
 |
Funk P |
 |
Pitt Den |
 |
94th Street |
 |
Para juri |
Untuk galeri penuh sepanjang acara, sila lawat album Facebook berikut:
GATSBY 6th Dance Competition Malaysia Part 1
GATSBY 6th Dance Competition Malaysia Part 2
wow... it's cool....... :)
ReplyDeletethnak you
Delete