24 January 2014

Cara setting remote HyppTV (UniFi) pada TV

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Sebelum ini, Sop tercari-cari juga bagaimana cara untuk set remote HyppTV (UniFi) ini kerana agak sukar untuk guna dua-dua remote. Nak buka TV cari remote TV kemudian cari remote HyppTV (UniFi) pula. Sebelum ini, guna setting remote Astro pada TV boleh berfungsi dengan baik.

Akhirnya masalah selesai apabila terjumpa perkongsian mengenai setup remote HyppTV (UniFi) pada TV dari forum Lowyat. Rupanya mudah sahaja tetapi jika tidak tahu memang susah :)

Untuk membuat setting remote HyppTV (UniFi) pada TV, sila ikuti langkah berikut:

  1. Arahkan remote HyppTV (UniFi) pada remote TV
  2. Tekan dan tahan butang 'Scan' pada remote HyppTV (UniFi) sehingga lampu menyala
  3. Tekan butang 'Power' (biru) HyppTV (UniFi) dan lampu akan berkelip-kelip
  4. Tekan dan tahan butang 'Power' pada remote TV sehingga lampu berhenti berkelip pada HyppTV (UniFi)
  5. Tekan butang 'Scan' untuk selesai
Kini butang Power pada remote HyppTV (UniFi) telah berfungsi pada TV anda.

Untuk butang lain seperti 'Volume +/-, sila ikuti langkah yang sama di atas. Ia berfungsi menyalin arahan dari remote TV kepada remote HyppTV (UniFi).

Selamat berjaya :)

16 comments:

  1. susah juga kan kalau kena guna 2 remote dalam satu masa...tercari2 tu yang payah huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau remote tv rosak? Xboleh buat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X boleh sbb remote hypptv perlu baca code dari remote tv

      Delete
  3. X jadi pon .. mcm tv lama je sy punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hala remote depan2
      Pastikan ikut langkah di atas satu persatu :)

      Delete
  4. Kalau remote tv dah hilang macam mana 😑 taktau la kelangit mana budak2 ni main remote..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hilang Mmg x dpt buat Sbb fungsi langkah di atas ialah utk salin kod dari remote asal

      Delete
  5. Remote happy tv saya rosak ada cara nak dapatkan yang lain tak?
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli melalui Lazada atau TM Point

      Delete


EmoticonEmoticon