25 January 2014

Bersedia dengan WhatsApp berbayar?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Penggunaan WhatsApp adalah percuma untuk tahun pertama. Ini yang telah berlaku selepas beberapa kemaskini aplikasi WhatsApp ini yang semakin mendapat sambutan. Pada peringkat awal penyebaran tentang WhatsApp yang akan mengenakan bayaran, ramai yang agak terkejut dan ada yang tidak percaya.

Kini selepas setahun maklumat tersebut, WhatsApp mula dikenakan bayaran. Penggunaan secara percuma telah berakhir.

Bersedia dengan WhatsApp berbayar?

Sop sendiri hanya tinggal sebulan sahaja lagi setelah beberapa tahun menggunakan aplikasi WhatsApp ini. Pihak WhatsApp mempunyai alasan sendiri kenapa mereka tidak menjual iklan pada aplikasi dan untuk menanggung kos pembangunan, pengguna dikenakan bayaran tahunan.

Harga yang yang dikenakan oleh WhatsApp tidak mahal iaitu $0.99 setahun tetapi untuk membuat pembelian agak leceh. Bagi pengguna Android, pembelian perlu menggunakan Money Wallet yang disambungkan pada kad kredit.

Bersedia dengan WhatsApp berbayar?

Bagaimana bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit?
Bagaimana pula pengguna kategori pelajar?

Sekarang ini, aplikasi mesej talian internet telah banyak dibangunkan dan adalah percuma. Pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan yang mana terbaik dan percuma. WhatsApp cukup popular sebelum ini kerana pengguna yang ramai dan boleh dipasang pada semua jenis telefon. Jika dulu Blackberry Internet Massage (BIM) popular kerana menyediakan perkhidmatan mesej percuma tetapi tertewas dengan WhatsApp kerana BIM hanya boleh diguna oleh telefon Blackberry sahaja.

Selepas WhatsApp ramai yang telah tamat tempoh, adakah ia masih popular?
Pada pandangan Sop, WhatsApp mungkin akan kurang popular di Malaysia nanti. Ini kerana Sop percaya pengguna lebih Malaysia lebih memandang kepada pilihan lain yang percuma.

Malah sekarang ini, pengguna smartphone telah memasang beberapa aplikasi mesej internet bukan sekadar WhatsApp. Tidak mustahil jika WhatsApp perlu dibayar, mereka akan menggunakan aplikasi lain untuk berhubung.

Sop sendiri belum pasti adakah akan membuat pembelian aplikasi WhatsApp sekiranya tamat tempoh nanti :)

Anda pula bagaimana? Adakah anda bersedia untuk membeli aplikasi WhatsApp ini?

2 comments:

  1. Banyak lagi pilihan lain yang ada seperti KIK(sama macam whatsapp), wechat, Viber, BBN, dan macam-macam lagi. :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon