15 December 2013

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Pernah singgah makan di Restoran Mee Tarik Warisan Asli?
Sop baru pertama kali singgah makan di sini semasa ke Jualan Amal Banjir di Sungai Besi. Kami dimaklumkan oleh rakan yang selalu makan mee di restoran ini sedap.

Kami bukan sahaja boleh menikmati makanan yang sedap tetapi juga boleh melihat sendiri pembuatan mee menggunakan tangan. Sebelum ini, Sop hanya melihat di kaca TV pembuatan mee menggunakan tangan. Sungguh tidak sangka, peluang makan di sini sungguh bermakna.

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Proses pembuatan mee menggunakan tangan kelihatan mudah kerana mereka telah mahir, Hanya dengan pusing-pusing dan tarik akhirnya mee terbentuk. Nampak mudah tetapi jika buat sendiri, pasti benda lain yang jadi :)

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli menyediakan pelbagai jenis masakan Cina Muslim. Mee yang Sop cuba memang sedap dan kambing goreng cukup menyelerakan.


Selain itu, Sop juga mencuba teh herba yang juga popular di Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini. Rasa cukup unik dan menarik. Paling bagus, teh herba ini bagus untuk kesihatan.

Kepada yang ingin mencuba, Restoran Mee Tarik Warisan Asli ini terletak di alamat berikut:
Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Jalan Tasik Utama 5,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungai Besi, Kuala Lumpur
Galeri gambar:

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli


EmoticonEmoticon