Melancong ke Medan - Perjalanan
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Melancong ke Medan, Indonesia adalah pengalaman pertama Sop dan keluarga. Sebelum ini, kami belum pernah lagi sampai ke Indonesia. Destinasi Medan ini dapat kami lawati melalui pakej AirAsia yang menawarkan promosi harga tiket baru-baru ini. Mrs Sop sempat membuat tempahan dengan harga tawaran terbaik semasa promosi tersebut.
Perjalanan kami bermula pada Jumaat lepas. Oleh kerana waktu penerbangan jam 7.40 pagi, kami awal-awal telah keluar rumah iaitu pada jam 4.00 pagi. Agak leceh penerbangan awal pagi kerana kami perlu bersiap awal. Namun apa boleh buat, tiket waktu begini yang biasa dapat tawaran murah :)
Perjalanan dari rumah jam 4.00 pagi sebenarnya tempoh yang cukup-cukup untuk kami. Sampai di LCCT kira-kira jam 5.00 pagi, hantar keluarga dan Sop perlu parking kereta di hujung LCCT. Berjalan dari parking ke terminal makan masa 30 minit juga. Nasib waktu awal pagi, cuaca tidak panas dan ada parking yang tidak terlalu hujung :)
Urusan daftar masuk beg dan semakan bording pass memakan masa juga. Namun sempat juga kami bersarapan dulu sebelum masuk ke gate pelepasan. Urusan semua berlaku cukup-cukup tempoh sahaja tanpa menunggu lama.
Selepas 45 minit penerbangan, kami akhirnya tiba di Lapangan Terbang Kuala Namu. Urusan di Lapangan Terbang Namu berjalanan lancar dan Pak Supir juga telah bersedia menunggu kami. Urusan tempahan Pak Supir dan hotel telah dibuat awal lagi.
Ikuti permulaan perjalanan kami dari Lapangan Terbang Kuala Namu ke Danau Toba, Parapat dalam entry seterusnya.
Galeri gambar:
Tablet dibekalkan kepada anak-anak untuk mengelak dari kebosanan :) |
Auni teruja hendak melancong |
Landing di Lapangan Terbang Kuala Namu |
Berjalan keluar terminal |
Perlu mengisi borang dahulu |
Bersedia untuk memulakan cabaran Medan, Indonesia |
EmoticonEmoticon