10 November 2013

Pengalaman Treasure Hunt berkenderaan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Treasure Hunt atau mencari harta karun merupakan permainan yang tidak asing lagi. Terdapat banyak bentuk Treasure Hunt sama ada secara berjalan, berkenderaan atau menggunakan kenderaan awam.

Treasure Hunt secara berkenderaan adalah kali pertama Sop sertai dan ini adalah pengamalan pertama. Proses atau cara permainan Treasure Hunt adalah sama kecuali Treasure Hunt berkenderaan menggunakan laluan yang lebih luas.

Treasure Hunt berkenderaan

Treasure Hunt berkenderaan ini adalah aktiviti pejabat tempat Sop bekerja yang merupakan salah satu aktiviti 'team building' untuk membentuk semangat kekitaan semasa pekerja. Seramai 16 ahli yang menyertai Treasure Hunt berkenderaan ini. Kawasan Treasure Hunt berkenderan ini meliputi negeri Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Treasure Hunt berkenderaan

Pengalaman yang cukup menarik Sop terima melalui Treasure Hunt berkenderaan ini yang mana beberapa tempat baru dapat kami singgah. Tanpa pengalaman Treasure Hunt ini, kemungkinan besar sukar untuk kami sampai. Pengalaman Treasure Hunt berkenderaan ini mengingatkan Sop kepada rancangan Explore Race yang mana konsep yang lebih kurang sama cuma Treasure Hunt kami lebih ringkas.

Kami perlu ke 7 check point yang diberikan pembayang oleh penganjur. Kesilapan menganalisis membolehkan kesilapan untuk ke checkpoint seterusnya dan merugikan masa. Ini yang terjadi kepada kumpulan kami kerana tersilap tempat dan kerugian banyak masa. Setiap checkpoint, kami diminta menyiapkan tugasan dan menjawab soalan yang diberikan.

Treasure Hunt berkenderaan

Checkpoint yang pertama kami perlu ke Desa Petaling dan singgah di kedai mamak. Tugasan pertama ialah makan 3 roti canai dan segelas teh tarik. Kemudian kami menerima pembayang untuk checkpoint seterusnya iaitu Bangi. Beberapa soalan perlu kami cari sebelum ke checkpoint seterusnya.

Treasure Hunt berkenderaan

Kami seterusnya ke checkpoint yang ke 3 iaitu Muzium Negeri, Seremban. Selesai menjawab soalan yang diberikan, kami seterusnya ke Muzium Lukut dan Muzium Tentera Darat. Selesai mendapat jawapan yang diperlukan, kami seterusnya ke Melaka yang mana checkpoint seterusnya ialah Masjid Kampung Hulu. Selesai mendapat jawapan yang diperlukan, kami ke kedai alat tulis berhadapan Masjid Kampung Hulu untuk mendapatkan harta karun yang diperlukan dengan duit RM3 yang dibekalkan. Destinasi terakhir kami ialah di Hotel Marvelux yang mana urusetia Treasure Hunt menanti kami.

Treasure Hunt berkenderaan

Cabaran Treasure Hunt kami diberikan berjalan lancar. Kami dapat menyelesaikan semua checkpoint dalam masa yang ditetapkan iaitu 6 jam.

Galeri gambar:

Treasure Hunt berkenderaan

Treasure Hunt berkenderaan

Treasure Hunt berkenderaan

Treasure Hunt berkenderaan

Treasure Hunt berkenderaan


EmoticonEmoticon