01 November 2013

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S
Pelancaran iPhone 5S dan iPhone 5C oleh Celcom

Ingin memiliki  iPhone 5C dan iPhone 5S?
Kini anda boleh miliki  iPhone 5C dan iPhone 5S dengan tawaran hebat Celcom First yang mana pelancarannya telah diadakan pada 31 Oktober 2013 di Blue Cube @ Sunway. Pelancaran  iPhone 5C dan iPhone 5S Celcom First akan bermula pada pada jam 12.00 pagi tetapi pengunjung telah beratur panjang sejak jam 7.30 malam. Ini kerana 100 pelanggan yang pertama akan layak menerima baucer istimewa daripada Celcom.

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Semasa menunggu pelancaran rasmi iPhone 5C dan iPhone 5S, tiba-tiba hujan turun tetapi pelanggan yang beratur dari awal tidak berganjak untuk mendapatkan tawaran Celcom First tersebut. Disamping menantikan pelancaran rasmi, pelanggan dihidangkan dengan minuman dan makanan ringan. Selain itu, artis jemputan turut bersama-sama menghiburkan pelanggan iaitu Diana Danielle, Sazzy Falak, Amber Chia, dan Scha Al-Yahya. Juruacara sekitar pelancaran tersebut ialah Daphne Iking.

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S
Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer of Celcom Axiata Berhad 
Pada jam 12.00 pagi, pelancaran rasmi telah dijayakan oleh Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer of Celcom Axiata Berhad bersama artis-artis jemputan. Pelanggan yang beratur terus diberikan nombor giliran dan membuat pusingan roda baucer.

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S
Pelanggan pertama memiliki iPhone 5S 
Seramai lebih 200 pelanggan yang beratur untuk mendapatkan iPhone 5S dan iPhone 5C tersebut dan pelanggan bertuah ialah Mohd Abdullah bin Mohd Adam serta isterinya Agusliali bt. Nurmansyah yang menjadi pelanggan pertama. Mereka telah berada di Sunway sejak 8.00 pagi semata-mata untuk menunggu pelancaran iPhone 5S dan iPhone 5C oleh Celcom tersebut. Kejutan buat mereka kerana sebagai pelanggan pertama Celcom telah menghadiahkan iPhone 5S percuma!

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Selain pasangan Mohd Abdullah, pelanggan lain yang mendapatkan iPhone 5S dan iPhone 5C pada malam tersebut menerima baucer sehingga RM500 melalui putaran roda yang disediakan.

Pakej iPhone 5S dan iPhone 5C ditawarkan oleh Celcom adalah seperti berikut:
Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S


iPhone 5s dan iPhone 5c sekarang boleh didapati di Blue Cubes, Cawangan Celcom, Celcom Exclusive Partners dan penjual yang dilantik. Maklumat lanjut, sila layari www.celcom.com.my.

Galeri gambar:

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Celcom lancar iPhone 5C dan iPhone 5S

Foto lanjut majlis pelancaran boleh dilawati di Album Facebook


EmoticonEmoticon