02 November 2013

Auni dan beg pink Hello Kitty

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni yang mula belajar berdasarkan pemerhatian ketika ini sentiasa mula mengikut gerak geri kami semua. Abang-abang bawa beg, Auni pun hendak bawa beg. Mama bawa handbag, Auni pun sibuk angkut handbag. Abang-abang naik basikal, Auni pun hendak naik basikal :)

Auni dan beg pink hello kitty

Setiap kali melihat beg yang tersadai, pasti Auni sibuk hendak menggalasnya. Tidak kira berat atau ringan, pasti Auni hendak mencuba menggalasnya. Selalunya beg sekolah Azfar dan Azwar yang menjadi mangsa.

Oleh kerana itu, Mrs Sop telah membeli beg khas untuk Auni. Walaupun tiada apa yang hendak diisi tetapi sibuk juga Auni hendak menggalasnya. Oleh kerana baru sahaja dapat beg tersebut, kami hendak pegang tengok pun tidak bagi. Adus!

Kini Auni tidak perlu lagi pinjam beg abang-abang atau beg nenek untuk menggalas. Beg sendiri telah ada :)

Galeri gambar:

Auni dan beg pink hello kitty

Auni dan beg pink hello kitty

Auni dan beg pink hello kitty

Auni dan beg pink hello kitty


EmoticonEmoticon