12 October 2013

Kenapa anda perlu tawaran internet terbaik?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Internet merupakan keperluan penting kepada pengguna sekarang ini. Bukan sahaja untuk bersosial tetapi untuk bekerja, belajar, bermain, berhibur dan sebagainya.

Oleh kerana ini, penggunaan internet semakin meningkat dari masa ke semasa. Jika dulu, dengan hanya kelajuan 128kbs pun sudah memadai untuk internet di rumah kerana pengguna hanya guna untuk semak email atau melawat laman biasa sahaja. Kouta 100mb pun sudah cukup untuk kegunaan sebulan kerana pengguna sekali sekali sahaja menggunakan internet.



Namun sekarang, setiap urusan harian memerlukan internet. Sop merujuk kepada lifestyle sendiri yang banyak menggunakan internet bukan sahaja sebagai blogger tetapi urusan rasmi lain. Jika di tempat kerja, sememangnya Sop memerlukan internet. Tanpa internet memang susah untuk bekerja.

Selain untuk urusan blogger dan kerja, medan perhubungan antara keluarga kini banyak menggunakan internet seperti WeChat, Whatapps, Vider dan sebagainya. Hubungan sosial lebih banyak melalui laman sosial yang mana lebih mudah untuk mendapat update dan maklumat dari rakan-rakan.

Berita juga terus dibaca melalui laman akhbar online. Sudah lama rasanya Sop tidak mendapatkan akhbar sebenar. Berita boleh terus dibaca setiap pagi melalui komputer atau telefon sahaja.

Selain itu, Sop juga suka berkongsi gambar dan video kepada rakan melalui internet.

Semua urusan di atas memerlukan internet dan penggunaanya adalah setiap hari dan boleh dikatakan setiap saat. Bayangkan berapa banyak jumlah internet yang digunakan?

Kenapa anda perlu tawaran internet terbaik?

Penggunaan internet pada telefon bimbit untuk 1GB, Sop hanya mampu bertahan untuk 15 hari sahaja. Belum lagi pada komputer bukan?





Oleh sebab itu, adalah penting untuk pengguna mendapatkan internet sekarang ini pada jumlah yang tinggi. Jika boleh dapatkan kouta tanpa had, lagi berbaloi kerana pengguna tidak lagi risau dengan masalah kehabisan kouta. Download apa sahaja, menonton sebanyak mana, online setiap masa dan sebagainya pasti tiada masalah.

Pihak pembekal internet sekarang ini tidak lagi menyediakan pakej biasa-biasa. Keperluan pengguna adalah berbeza dan oleh kerana itu, pelbagai pelan disediakan mengikut kemampuan dan penggunaan. Kelajuan adalah kos dan jumlah kouta juga adalah kos. Sebagai pengguna pasti inginkan tawaran yang terbaik bukan?

Kita di Malaysia bertuah kerana banyak pembekal internet yang bersaing untuk merebut hati pengguna. Untuk itu, pelbagai perkara diambil kira untuk memenangi hati pengguna seperti harga terendah, kelajuan terpantas, liputan talian terluas dan sebagainya. Perkara ini yang menjadi tarikan kepada pengguna.

Bagi Sop, semua aspek internet menjadi perhatian utama seperti kelajuan, kouta dan liputan untuk kegunaan harian. Sop telah beberapa kali bertukar talian internet untuk mendapatkan yang terbaik.

Anda bagaimana pula?
Sudahkah mendapat perkhidmatan yang terbaik?

Kenapa anda perlu tawaran internet terbaik?







EmoticonEmoticon