Diari Hari Raya Aidil Adha 2013
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan yang beragama Islam. Semoga ibadah korban yang dilakukan tahun ini diterima olehNya. Amin. Sop turut masuk bahagian dalam ibadah korban tahun ini dan juga akiqah untuk Auni.
Diari AidiAdha tahun 2013 telah bermula dengan urusan persiapan untuk solat sunat AidilAdha di Masjid Setapak Jaya. Oleh kerana masih awal, kami sempat bersarapan di Restoran NZ Curry House Danau Kota. Kebanyakkan restoran mamak lain tutup pada pagi tersebut.
Selesai bersarapan, kami terus ke Masjid Setapak Jaya. Selesai solat sunat AidilAdha, kami ke rumah mertua untuk bertukar pakaian kerana selepas itu, aktiviti korban akan bermula di Surau Setapak Jaya dimana Sop masuk bahagian korban.
Tahun ini, terdapat 4 ekor lembu yang akan dikorbankan di surau ini. Penduduk juga ramai yang turun untuk membantu aktiviti korban ini. Mungkin cuti dipertengahan minggu menyebabkan ramai yang tidak pulang beraya di kampung-kampung. Seronok juga apabila ramai yang bergotong-royong kerana kerja lebih mudah dan lancar.
Azfar dan Azwar 'membantu' :) |
Setiap tahun, aktiviti gotong royong ini akan dilakukan. Biasanya kaum lelaki akan melakukan kerja-kerja memproses lembu dan kaum wanita akan menyiapkan bekalan untuk memasak.
Semua urusan memproses lembu korban selesai pada jam 12.30 tengah hari. Jamuan pula diadakan selepas Zohor. Waktu yang dinantikan untuk perkena sup 'gear box'. Makanan yang dimasak bukan sahaja cukup untuk dimakan tetapi boleh dibungkus bawa balik lagi.
Seperti biasa, sebulan selepas ini menu kebanyakkan akan berunsurkan daging :)
Rakan-rakan banyak dapat daging korban tahun ini?
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon