29 October 2013

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Gambar macro antara menjadi minat Sop dalam bidang fotografi. Oleh sebab itu, banyak gambar macro yang Sop kongsi melalui Intragram yang diambil melalui telefon bimbit Samsung S3. Fungsi macro yang terdapat pada telefon tersebut memudahkan untuk Sop 'snap' dan boleh diambil pada bila-bila masa. Cuma gambar dengan telefon bimbit dengn DSLR adalah sangat berbeza hasil ketajaman gambar tersebut.

Berbesa dengan DSLR, untuk menggambil gambar macro memerlukan kit tambahan. Kos untuk kit macro sangat mahal tetapi hasil sangat memuaskan. Sop sendiri sangat teruja dengan gambar-gambar macro oleh jurufoto profesional yang mana gambar-gambar sangat hebat. Ia bukan kerana teknik mengambil gambar sahaja tetapi dunia macro itu sendiri sangat menarik yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR?
Kit macro adalah satu keperluan untuk mengambil gambar macro dengan DSLR. Sop tidak mampu mendapatkan lens macro. Oleh itu, hanya converter macro yang menjadi kit macro Sop. Hasil lens macro dengan converter adalah sangat berbeza.

Kesabaran sangat diperlukan untuk menangkap gambar objek macro yang bergerak. Dengan jarak yang perlu hampir, pasti tidak mudah untuk menangkap gambar-gambar tersebut. Setiap kali menghampiri objek pasti akan lari. Lagi-lagi jika binatang mtersebut bukan jenis mesra dengan manusia :)

Objek tidak bergerak lebih mudah untuk mengambil gambar macro seperti bunga, flora dan tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab itu, gambar bunga-bunga lebih mudah dan menarik untuk dirakam.

Untuk mengambil gambar macro, setting manual adalah diperlukan. Adalah cabaran kepada pengguna baru seperti Sop untuk belajar tentang setting dan kawalan lens. Untuk hasil yang terbaik, kawalan lens dan setting adalah perlu tepat.

Peralatan bantuan juga diperlukan untuk mengambil gambar macro seperti tripod untuk menyokong kamera dan flashlite untuk kawalan cahaya. Buat masa ini, Sop belum memiliki flashlite dan jarang bawa tripod. Tripod diperlukan untuk mengambil gambar macro untuk mengelak berlaku getaran/goyang dan menampung keberatan DSLR.

Teknik macro juga satu cabaran yang perlu Sop belajar. Sudut, pengcahayaan, objek dan sebagainya perlu sesuai untuk mendapat hasil yang menarik. Jika teknik yang betul, tanpa kits yang hebat pun kita masih mampu menghasilkan gambar yang menarik. Oleh kerana Sop tidak mampu untuk mendapatkan kits yang hebat, teknik yang betul perlu untuk dibelajar dan jug sentiasa praktis. Sekarang ini, teknik sudahlah kosong, kits pun tiada dan praktis pun kurang. Macam mana hendak hebat bukan?

Baru-baru ini sempat cuba-cuba photoshoot macro ketika di rumah opah Mrs Sop di Malim Nawar, Perak. Kebetulan ada semak sendikit di depan rumah Opah dan boleh Sop cuba-cuba photoshoot macro. Rama-rama ada beberapa ekor tetapi satu pun tidak dapat dirakam. Pemalu betul! Hehehe

Berikut adalah hasil photoshoot pada hari tersebut:

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Foto Macro

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR

Cabaran photoshoot macro dengan DSLR


EmoticonEmoticon