17 September 2013

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tech Kaiju Arena merupakan program blogger review gajet oleh Ninetology untuk berkongsi pengalaman menggunakan gajet yang dibekalkan.

Tech Kaiju Arena bukan sekadar program review gajet sahaja tetapi ia juga untuk membentuk blogger yang bertanggungjawab melalui program yang dibentuk bersamanya. Setiap blogger bertanggungjawab terhadap setiap penulisan yang dikongsikan melalui blog. Ia akan memberi kesan positif jika penulisan dan perkongsian sesuatu yang baik tetapi akan memberi kesan negatif jika berkongsi sesuatu yang sebaliknya.

Responsible Blogging 2013 merupakan kempen kepada semua komuniti online untuk menyokong etika berblog untuk kepentingan bersama. Ninetology ada wujudkan laman Wall of Pledge di Facebook dalam usaha membentuk etika bertanggungjawab setiap blogger di negara ini. Sertai kempen ini untuk menjadi salah seorang blogger yang menyokong kepada Responsible Blogging. Ada hadiah menarik disertakan kepada mereka yang menyertai Wall of Pledge.

Selaras dengan kempen Responsible Blogging 2013, review untuk Ninetology U9X1 vs Lenovo K900 juga dibuat secara telus berdasarkan pengalaman penggunaan selama seminggu. Walaupun tajuk entry adalah Ninetology U9X1 vs Lenovo K900 tetapi review tidak akan menentukan gajet mana yang menang atau kalah kerana setiap pengguna mempunyai citarasa, kehendak, keperluan dan sebagainya yang berbeza.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900
Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900
Secara umumnya review Ninetology U9X1 dan Lenovo K900 adalah seperti berikut:

Design
Perbezaan jelas kelihatan antara Ninetology U9X1 dengan Lenovo K900 dari segi badan gajet ini. Lenovo K900 kelihatan lebih kukuh dan eklusif berbanding Ninetology U9X1 kerana badan dibuat daripada metal. Namun begitu, Ninetology U9X1 yang lebih bulat bentuk pada hujungnya berbanding Lenovo K900 agak berpetak yang memberi keselesaan ketika memegang atau disimpan di dalam poket. Namun begitu, Lenovo K900 lebih nipis berbanding Ninetology U9X1.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900

Paparan
Lenovo K900 mempunyai paparan lebih besar iaitu 5.5 inci berbanding Ninetology U9X1 iaitu hanya 4.8 inci. Dari segi paparan, kedua-duanya mempunyai kelebihan High Definition (HD) yang memberi paparan yang cukup jelas dan tepat. Ninetology U9X1 menggunakan Super Amoled HD.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900

Bunyi
Bunyi adalah penting untuk deringan, alarm, mendengar muzik dan menonton. Kedua-duanya mempunyai bunyi yang baik dan kuat.

Storan
Kedua-dua gajet ini memiliki storan simpanan sebanyak 16GB tetapi kelebihan kepada Ninetology kerana mempunyai slot MicroSD untuk tambahan ruang storan. Manakala Lenovo K900 tidak menyediakan slot storan tambahan.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900

Data
Kedua-dua mempunyai sambungan 3G, WiFi dan Bluetooth untuk data. Lenovo K900 menggunakan micro SIM dan Ninetology U9X1 menggunakan SIM biasa. Kelebihan adalah kepada Ninetology U9X1 kerana memiliki 2 slot SIM membolehkan pengguna menggunakan 2 nombor dalam 1 telefon. Sesetengah pengguna memerlukan lebih dari 1 nombor bukan?

Kamera
Dari segi kamera, kedua-dua gajet ini mempunyai keupayaan yang sama iaitu 13MP kamera di belakang dan 2MP kamera hadapan.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900
Android V4.2.1 - U9X1
Sistem
Ninetology U9X1 dan Lenovo K900 menggunakan Sistem Operasi (OS) Android Jelly Bean V4.2. Tiada perbezaan jika menggunakan OS yang sama kecuali Lenovo K900 menggunakan themes yang lebih menarik. Ninetology U9X1 tidak menggunakan sebarang UI skin menjadikan paparan sistem agak ringkas dan kosong.
Dari segi CPU, Lenovo K900 menggunakan dual-core 2.0 GHz Intel dengan 2GB RAM manakala Ninetology U9X1 pula menggunakan quad-core 1.2 GHz MediaTek 1GB RAM.

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900

Bateri
Terdapat perbezaan dari segi bateri iaitu Ninetology U9X1 menggunakan 2,200 mAh manakala Lenovo K900 menggunakan 2.500mAh. Namun begitu, bateri Lenovo K900 jenis terbina di dalam yang mana tidak boleh dibuka berbeza dengan Ninetology U9X1 yang boleh dibuka.

Harga
Ninetology U9X1 berharga RM1099 manakala Lenovo K900 berharga RM1499.

Rumusan
Kelihatan spesifikasi Ninetology U9X1 dan Lenovo K900 tidak jauh berbeza kecuali design dan harga. Prestasi kedua-dua gajet ini juga tidak berbeza. Untuk memilik antara kedua gajet ini, pendek kata, "tepuk dada tanya selera".

Tech Kaiju Arena: Review Ninetology U9X1 vs Lenovo K900
Mana pilihan anda?
Berminat untuk mendapat maklumat terkini mengenai produk Ninetology dan mendapat E-Vouchers?
Klik banner di bawah untuk maklumat lanjut:


EmoticonEmoticon