24 September 2013

Rumah kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rumah kampung pasti menjadi kenangan manis setiap yang pernah tinggal di situ. Bagi yang memang berada di kampung mungkin tidak merasai sangat kemanisan tersebut tetapi apabila berada di bandar atau pekan, baru terasa keindahan rumah kampung tersebut.

Rumah kampung
Rumah kampung Sop

Apa yang menarik dengan rumah kampung?
Suasan kampung yang aman damai dan indah pasti tidak akan dilupakan walaupun pertama kali singgah. Kampung Sop dulu ada sawah padi dan sungai. Permandangan yang cukup indah bagi kedua-duanya. Kini hanya sungai sahaja yang tinggal kerana sawah padi telah dijadikan kawasan perumahan. Permandangan bukit boleh dilihat lagi dari kampung Sop. View yang cukup cantik!

Suasana kampung Sop tidak jauh dari pantai memberikan angin yang berterusan dari pandai. Jarak dari pantai ke kampung Sop ialah 8 KM sahaja. Ombak boleh kedengaran pada musim tengkujuh pada waktu malam. Angin kadang-kadang laju, kadang sempoi bahasa sangat menarik.

Suasana kampung yang masih banyak pokok-pokok memberikan suasana yang segar dan nyaman. Air paip sungguh sejuk hingga sampai ke tulang. Macam air ais!

Sop rindu dengan musim tengkujuh yang mana setiap hari akan hujan tanpa berhenti. Pakaian dijemur 3 - 4 hari baru boleh kering. Ketika kecil, musim tengkujuh ini berkaitan dengan banjir. Ketika ini padi sedang membesar dan ikan-ikan banyak di dalam sawah. Masa untuk memukat dan memancing!

Suasana tersebut telah berubah mengikut perkembangan semasa. Ingin sangat untuk memberi pengalaman tersebut kepada anak-anak. Bagi anak-anak merasai rasa bersawah, menuai padi, bermaih hujan, memancing dan sebagainya.

Masa berlalu dan terus berlalu. Kenangan rumah kampung akan kekal walaupun perkembangan terus berlaku. Rumah kampung pasti akan kekal selagi ia kukuh tempat ia bertapak.

Apa pengalaman rumah kampung anda?

1 comment:

  1. cahayacinta.com

    isalam.baru saya tahu sop org terengganu..bila nak ke sana yer.. umh saya pun ada pantai 5 minit jalan kki dh sampai..suka duduk ambil angin sahaja

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon