06 September 2013

Proses pemasangan rangka siling kapur

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Proses pemasangan rangka siling kapur
Rangka siap dipasang
Proses ubahsuai telah bermula seperti dikongsikan dalam entry sebelum ini di Sukar ubahsuai rumah selepas pindah masuk?. Ketika itu penat berkemas untuk simpan barang tetapi kini rumah 'bersepah' sepenuhnya. Maklum sahaja apabila kerja-kerja siling kapur, semua rumah bukan berhabuk tetapi kucar kacir dengan peralatan kerja.

Proses pemasangan rangka siling kapur

Ketika ini balik rumah hanya berkurung di dalam bilik. Ruang tamu menjadi kawasan larangan sepenuhnya kepada anak-anak. Keadaan yang semakin merimaskan dan menyukarkan! Kami terpaksa bertahan 2 hari lagi sehingga kerja-kerja pemasangan selesai.

Semalam proses pemasangan siling kapur diperingkat memasang rangka. Hanya setengah hari, pemasangan rangka telah selesai. Kira hebat juga tukang siling ini kerana mampu siapkan pemasangan dengan cepat.

Proses pemasangan rangka siling kapur

Jika dilihat kerja-kerja pemasangan siling tidak begitu sukar tetapi memerlukan teknik yang betul. Nampak mudah tetapi jika tidak tahu memang tidak menjadi! Hehehe Jadi, kenalah upah mereka yang pakar. Jika tidak pakar, kemungkinan siling jatuh mungkin terjadi!

Moga proses pemasangan berjalan ikut jadual kerana kami telah rimas denga keadaan rumah seperti ini :)


EmoticonEmoticon