18 September 2013

Perkhidmatan Nagoya AEON Big Wangsa Maju sangat teruk!

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pernah ke Nagoya untuk membeli textile?
Sop pernah sekali ke Nagoya ini untuk mencari kain langsir. Untuk urusan lain memang Sop tidak akan pergi.

Nagoya AEON Big Wangsa Maju
Baru-baru ini Sop sekali lagi ke Nagoya AEON Big Wangsa Maju untuk mendapatkan langsir daylight. Namun perkhidmatan amat mengecewakan di Nagoya ini. Bukan sahaja susah hendak mendapat pembantu jualan, hendak bertanya pun susah.

Biasalah, bukan selalu hendak beli langsir jadi kena tanya dan comfirm betul-betul sebelum beli. Sedang bincang-bincang pembantu 'blah' macam itu sahaja.

Kemudian 'tangkap' seorang lagi untuk bertanya sebelum minta untuk potong jumlah lain langsir yang hendak diperlukan. Sedang kira-kira berapa jumlah kain hendak dibeli, pembantu jualan sibuk hendak kencing lah pula! Kenapa masa itu engkau hendak kencing? Sekejab lagi tidak bolehkah? Adus!!

Seorang pembantu jualan lagi sedang layan pelanggan lain. Bila diminta untuk potong jumlah kain dimaklumkan dia bersama pelanggan tersebut. Tidak boleh bantu? Sedangkan ketika itu pelanggan tersebut sibuk bincang juga jenis kain yang hendak dibeli. Apa kes?

Kami tunggu di situ bagaikan tiang elektrik di tepi jalan mengharapkan pembantu jualan Nagoya lalu untuk kami tangkap. Akhirnya kami berputus asas dan terpaksa berlalu kehampaan. Kain langsir yang hendak dibeli tidak kesampaian. Kami hanya hendak minta kain langsir tersebut dipotong sahaja kenapa begitu susah? Jika ada gunting, hendak sahaja gunting sendiri!

Apa yang Sop perhatikan, Nagoya tersebut punyalah besar dengan pelbagai jenis textile yang dijual tetapi pembantu jualan 'seciput' sahaja. Orang bukan ramaipun jika pembantu jualan begitu sibuk! Kemungkinan besar tiada komisyen kepada pekerja untuk setiap jualan kerana semua pembantu jualan seperti tidak kesah pun!

Berbeza jika ke pusat textile lain, pembantu jualan lebih ramai dari pelanggan. Setiap laluan akan disapa mereka untuk bertanya pada pelanggan.

Kepada Nagoya, silalah kemaskini perkhidmatan anda jika hendak terus bertahan dalam perniagaan. Nagoya dulu antara nama cukup gah tetapi kini...... Tidak hairanlah jika nama Nagoya terus tergelam dan merosok.

Anda ada pengalaman yang sama di Nagoya?


EmoticonEmoticon