Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pada mula-mula pindah, rumah masih kosong dan agak sukar untuk membuat kenduri. Kami telah cuba sikit demi sedikit membuat penambahan dan renovation sehingga sekarang boleh dikatakan hampir lengkap sepenuhnya.
Majlis diadakan secara kecil-kecilan sahaja iaitu dengan menjemput rakan surau untuk bacaan Yasin dan doa selamat. Selain ahli keluarga, rakan pejabat Sop dan Mrs Sop turut dijemput.
Juadah yang disediakan hanya ditempah nasi berlauk kampung, laksa yang disediakan oleh mertua dan kuih muih oleh kakak Mrs Sop serta jiran yang membawanya.
Terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, jiran-jiran dan rakan-rakan yang telah hadir ke majlis kesyukuran kami tersebut.
Terima kasih juga kepada jiran-jiran yang telah memberi kuih-muih untuk majlis tersebut. Kami sekelurga amat menghargainya.
Galeri gambar:
Galeri penuh (Album Facebook)
EmoticonEmoticon