21 August 2013

Video Auni belajar mengira

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni kini telah berusia 1 tahun 5 bulan. Banyak perkembangan terkini yang telah Auni lalui. Perkembangan yang paling jelas Auni sekarang ialah mampu berlari. Laju juga untuk bayi berusia 1 tahun 5 bulan :) Auni kini boleh mahir berjalan sepenuhnya.


Semenjak mendapat kaki (boleh berjalan), Auni semakin aktif dan ligat. Tiada seminitpun Auni duduk diam. Prestasi yang mengalahkan abang-abangnya semasa kecil. Jika dulu semasa kecil, semua anak-anak Sop aktif. Jadi tidak hairan jika Auni juga aktif semacam sahaja :)

Selain boleh berjalan dan berlari, Auni belum lagi boleh bercakap. Kata orang, jika cepat berjalan biasa akan lambat boleh bercakap. Auni boleh bercakap tetapi bahasa "Jerman"! Tiada siapa boleh faham walaupun Auni cuba menceritakan sesuatu.

Walaupun begitu, kami sering mengajar Auni dengan perkataan mudah bermula dengan keluarga seperti papa, mama, abang, atuk, nenek dan sebagainya. Auni ikut apa yang diajar tetapi dalam bahasa "Jerman". Hehehehe

Jom ikuti video Sop mengajar Auni mengira 1 hingga sepuluh berikut:



Pandai tak Auni mengira? Hehehe


EmoticonEmoticon