Review A'Famosa Resort Melaka
Baca Juga
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
|
Pintu gerbang A'Famosa |
A'Famosa Resort Melaka telah Sop menginap 2 hari sebelum puasa tetapi tidak kesempatan untuk membuat review. Maklum sahaja, bila masuk bulan puasa mood entry menu berbuka lebih meriah berbanding entry lain bukan? Hehehe
|
Ruang depan penginapan |
A'Famosa Resort Melaka baru pertama kali Sop menginap atas urusan kerja. A'Famosa Resort Melaka tidak asing lagi di Malaysia ini kerana nama yang cukup popular untuk menginap, bercuti dan berehat. Persembahan Cowboy Town dan padang golf pasti menjadi tarikan pengunjung ke A'Famosa Resort Melaka ini. Oleh kerana atas urusan kerja, Sop hanya sempat kerja makan dan tidur sahaja di A'Famosa Resort Melaka tersebut... Hehehe
|
Bilik yang kemas dan bersih |
A'Famosa Resort Melaka menyediakan ruang bilik yang selesa dan luas. Beberapa kemudahan di sediakan di bilik seperti TV, mini bar, set kopi/jug dan sebagainya.
WiFi ada disediakan tetapi hanya di ruang lobi sahaja. Di dalam bilik tiada liputan WiFi. Agak sedih bukan?
|
Bangunan ruang makan dan dewan mesyuarat |
Ruang makan dan dewan mesyuarat adalah berasingan daripada bilik penginapan. Untuk ke sana, pelanggan perlu berjalan ke sana kerana ruang parking tidak disediakan di kawasa dewan makan dan dewan mesyuarat. Menu di cafe agak menarik dengan pelbagai juadah yang disediakan.
Sop suka permandangan di A'Famosa Resort Melaka ini kerana ia dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau. Sejuk mata memandang.
Jika tinggal di A'Famosa Resort Melaka, agak jauh untuk ke Bandar Melaka. Perjalanan ke Bandar Melaka mengambil masa setengah jam.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon