01 August 2013

Pembayaran Cukai Taksiran DBKL dengan MyMobile

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pembayaran Cukai Taksiran DBKL dengan MyMobile

Bil Cukai Taksiran DBKL untuk pertengahan tahun ini baru Sop terima. Bersama bil tersebut disertakan brosur tambahan cara pembayaran iaitu melalui MyMobile. Mungkin dunia mobile yang berkembang menjadikan ia salah satu cara oleh DBKL memudahkan pengguna membuat pembayaran.

Pembayaran Cukai Taksiran DBKL dengan MyMobile

Sebelum ini, Sop biasanya bayar di kaunter-kaunter bayaran DBKL sahaja. Kaedah pembayaran yang ada sekarang ini ialah melaui kaunter, kauter pandu lalu dan pembayaran internet. Kaedah MyMobile ini memberi kaedah tambahan kepada pembayar. Tinggal antara hendak dengan tidak bayar sahaja. Hehehe

Sop biasanya agak malas juga hendak ke kaunter untuk bayar :)

Pembayaran Cukai Taksiran DBKL dengan MyMobile

Untuk menggalakkan tiada tunggakan pembayaran, DBKL juga telah mengadakan kempen tanpa tunggakkan Cukai Taksiran dengan menyediakan cabutan bertuah dengan hadiah menarik seperti sebuah kereta, barangan elektrik dan gajet terkini. Tak dapat TV, dapat kereta pun dah cukup (Heheheh)

Nota kaki: Terus semangat untuk pergi bayar Cukai Taksiran :)

Berikut sedikit maklumat mengenai Cukai Taksiran:

Apakah Itu Cukai Taksiran?
Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

Siapakah Pembayar Cukai Taksiran?
Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar cukai taksiran.

Kenapa Perlu Membayar Cukai Taksiran?
Kutipan dari cukai taksiran adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan dan tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat. (Sumber)


EmoticonEmoticon