06 August 2013

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan ketika ini ramai yang telah balik ke kampung halaman untuk menyambut hari Raya. Ini kerana cuti sekolah telah bermula awal dan ramai yang mengambil kesempatan untuk balik kampung lebih awal. Macam Sop juga :)

Walaupun Ramadan semakin penghujung tetapi Pasar Ramadan masih belum berakhir. Oleh kerana ramai yang telah balik kampung, kelihatan Pasar Ramadan semakin meriah dengan pelanggan.

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Sop sempat singgah di Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam sebelum sampai ke kampung. Pasar Ramadan Kuala Ibai ini tidak jauh dari kampung Sop iaitu selang beberapa kampung sahaja. Sungguh tidak sangka kerana Pasar Ramadan Kuala Ibai ini semakin meriah diakhir-akhir Ramadan. Peniaga juga seperti tiada yang sudah tutup kedai walaupun Raya semakin hampir :)

Berbeza di pasar Ramadan di Kuala Lumpur, Pasar Ramadan Kuala Ibai ini bukan sahaja menjual juadah berbuka tetapi juga pelbagai barangan lain. Tudung, minyak wangi, peralatan rumah dan sebagainya ada di Pasar Ramadan Kuala Ibai ini.

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Kuih moden dan tradisional
Juadah yang dijual terdiri daripada pelbagai jenis makanan dan minuman. Walaupun banyak juadah hendak dibeli tetapi kena tahan keinginan tersebut kerana untuk mengelak pembaziran. Ketika lapar semua nampak sedap bukan? Lagi-lagi kuih muih yang jarang kita jumpa. Hehehe

Jom ke pasar Ramadan

Galeri gambar:
Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Paung ubi

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Laicikang peberet Sop nih

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Tak pasti kuih apa ini

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Keropok lekor 'fresh' dari periuk

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Ayam golek atau ayam pusing

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Ayam percik

Pasar Ramadan Kuala Ibai, Kuala Terengganu


EmoticonEmoticon