14 August 2013

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rak TV Besta Burs IKEA ini telah lama menjadi idaman untuk milikinya tetapi belum kesampaian bagi menggantikan rak TV sedia ada. Harga tidak terlalu mahal tetapi Sop yang tidak mampu :)

Sebelum beli Rak TV Besta Burs IKEA ini, Sop ada juga jenguk-jenguk kedai perabot lain untuk cari lebih murah malangnya semua yang berkenan harga lagi mahal. Hehehe

Apa yang menarik barangan IKEA ialah banyak perlu dibuat pemasangan sendiri. Setakat ini, semua barangan IKEA yang dibeli telah diangkut balik dan dipasang sendiri. Walaupun agak besar packing barang IKEA, biasanya tiada masalah dibawa masuk ke dalam kereta. Cuma perlu lipat kerusi dan ejas mana yang patut untuk memastikan barang yang diangkut muat di dalam kereta. Hehehe

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Awal-awal dah bantu :)
Seperti biasa, proses pemasangan Rak TV Besta Burs IKEA akan dibantu oleh sukarelawan yang teruja untuk membantu. Sebelum kotak dibuka lagi, masing-masing sibuk mambantu! Hehehe

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Baca manual satu persatu
Proses pemasangan Rak TV Besta Burs IKEA agak sukar kerana banyak komponen kecil. Namun jika ikut manual yang disediakan memang tiada masalah. Langkah-langkah pemasangan yang diberi sangat detail dan mudah untuk ikuti. Setelah 4 jam pemasangan (termasuk rehat + solat + makan), akhirnya Rak TV Besta Burs IKEA siap sepenuhnya. Agak letih tetapi sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya.

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Bakat pertukangan semula jadi :)
Itu yang seronok membeli barangan IKEA. Boleh uji kemahiran pertukangan dan keupayaan fizikal. Hehehe Jika beli di kedai perabot, barang sudah disiap dipasang dan dihantar sampai ke dalam rumah! Pembeli hanya goyang kaki. Tidak mencabar bukan? Hehehe
Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Ruang laci tengah
Kekurangan Rak TV Besta Burs IKEA ini ialah laci ditengah bukan cermin. Jika ditelah decoder Astro di dalamnya, pintu laci perlu dibuka untuk remote dapat menghantar signal.

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Dah siap sepenuhnya
Kepada rakan-rakan berminat dengan Rak TV Besta Burs IKEA ini, sila rujuk di http://www.ikea.com/my/ms/catalog/products/90182147/

Galeri gambar:

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Pembantu yang sedia berkhidmat

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Bersepah 1 rumah Hehehe

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Sempat masuk dalam lagi Auni
 
Memasang Rak TV Besta Burs IKEA

Memasang Rak TV Besta Burs IKEA
Buang plastik alas langkah terakhir


EmoticonEmoticon