24 August 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 Setapak Jaya 1B

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Banyak menghadiri rumah terbuka?
Hari ini, Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1B telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2013 di Dewan Orang Ramai Persatuan Penduduk Setapak Jaya 1B, Kuala Lumpur. Majlis telah bermula pada jam 9.00 malam setelah ketibaan Dato' Fauzi, Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa.


Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pengerusi Persatuan Penduduk dan penyampaian sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Dato' Fauzi telah membantu menyampaikan sumbangan tersebut.



Jamuan makan bermula selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut. Menu yang disediakan banyak juga yang mana juadah disediakan mengikut meja. Antara menu yang terdapat dalam majlis Aidilfitri ini ialah sate, mee kari, nasi lemak, lemang, nasi himpit, tepung jala, kuih muih dan sebagainya.

Sungguh meriah sambutan Aidilfitri Setapak Jaya 1B ini kerana warga penduduk berbilang bangsa hadir ke masjlis ini. Semangat muhibbah dapat dirasakan dengan sokongan semua bangsa yang hadir memeriahkan Majlis Aidilfitri tersebut.



Semoga semangat 1Malaysia sentiasa wujud harmoni di dalam setiap rakyat negara ini.

Galeri gambar:





 


  





EmoticonEmoticon