18 August 2013

Buat duit blog hanya dari Iklan

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

"Buat Duit dengan blog hanya dari Iklan" merupakan entry daripada blog Denaihati yang menarik perhatian Sop kerana banyak maklumat tentang cara serta maklumat untuk mendapatkan pendapatan daripada blog.

Cek pertama Nuffnang
Cek Pertama Nuffnang
Rata-rata mereka menceburi dunia blog bermula daripada pengalaman blogger menjana pendapatan. Setuju atau tidak?
Sop percaya jika blog hanya sebagai kepuasan tanpa sebarang hasil pasti dunia blog tidak semeriah sekarang. Kini blog cukup popular sehinggakan hampir semua orang mempunyai blog.

Sop sendiri bermula membina blog kerana tertarik dengan kejayaan-kejayaan blogger mendapatkan pendapatan dan hadiah. Mula-mula terlibat dengan blog, Sop sangat blur. Tidak tahu bagaimana hendak menjana duit dari blog, bagaimana mencari trafik, bagaimana hendak usaha dan yang paling penting bagaimana hendak menulis dan mendapatkan trafik. Oleh sebab itu, entry blog Denaihati "Buat Duit dengan blog hanya dari Iklan" sangat membantu blogger terutama yang baru menceburi dunia blogger. Entry "Buat Duit dengan blog hanya dari Iklan" merupakan cetusan daripada entry blogger jemputan “Iklan di blog : Nak guna N ke tak?“ yang diolah dengan meberi pandangan blogger dan cadangan entry berkaitan. Dengan mebaca entry ini, Sop percaya banyak persoalan tentang bagaimana menjana pendapatan daripada blog akan terjawab.,

Masih teringat semasa pertama kali mendapat Cek Nuffnang, bukan main seronok walaupun jumlah bukan banyak. Bukan jumlah duit blog yang dapat tetapi nilai apabila berjaya mendapat duit daripada blog. Sebelum berjaya, rasa susah sangat untuk jana pendapatan blog. Apabila berjaya, baru sedar tidak susah mana tetapi kena usaha. Dari situ, bermula motivasi untuk terus berusaha dan berusaha.

Jika entry ini telah berjaya Sop baca pada awal-awal berblog, tidak perlu bersusah-susah lagi hendak mencari banyak maklumat. Hehehe

Rumusan daripada entry tersebut ialah buat duit blog bukan hanya melalui iklan sahaja. Seperti Sop pada peringkat awal berblog hanya fokus kepada iklan sahaja. Tidak pernah tahu tentang pendapatan Advertorial, Affiliate dan sebagainya. Jika blogger yang telah mengikuti 'seminar buat duit dengan blog (SBDdB)' pasti telah tahu RAHSIA-RAHSIA menjana duit daripada blog.

Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari bagaimana buat duit dari blog, teruskan 'explore' dengan mencuba sesuatu yang baru, dapatkan bahan-bahan rujukan dan sertai seminar-seminar yang berkaitan. Pelaburan untuk ilmu tidak pernah merugikan. Betul tak?

Nota kaki: Sop tidaklah mampu jana pendapatan blog ribu-ribu tetapi cukup untuk bayar bil-bil berkaitan internet :)

1 comment:

  1. Kena pandai up kan traffic kalau nak dapat Income yg banyak dan baru lah Ads yakin nak iklan kan produk dorang dlm blog kita.

    Pelaburan Hartanah Menjamin Pulangan Yang Banyak

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon