05 August 2013

Balik kampung oh balik kampung

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hentian Temerloh
Sudah balik kampung?
Sop dan keluarga dalam perjalanan balik kampung Kuala Terengganu. Perjalanan bermula jam 10.30 pagi tadi dari Kuala Lumpur.

Perjalanan dari Kuala Lumpur berjalan lancar hingga Temerloh. Kami sekarang di Hentian Temerloh untuk rehat-rehat sekejab selepas 2 jam perjalanan.

Cuaca hujan gerimis sepanjang perjalanan memberi suasana sejuk sepanjang perjalanan. Air-corn tidak perlu pasang kuat-kuat walaupun tengah hari macam ini.

Kenderaan juga tidak banyak hari ini. Mungkin telah ramai yang pulang ke kampung atau belum lagi balik. Agak selesa dengan keadaan ini kerana Hetian Rehat pun kurang orang. Huhuhu

Doakan agak perjalanan kami selamat sampai ke destinasi yer. Amin

Hentian Temerloh lengang


EmoticonEmoticon