01 July 2013

Top 50 Shorty Blogger of The Year by ChurpChurp

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hari ini ramai blogger yang menulis tentang top 50 DiGi WWWOW Awards yang mana rata-rata kelihatan gembira kerana tersenarai. Setelah baca baru Sop teringat Sop pun ada masuk penyertaan dalam kategori Shorty Blogger of The Year by ChurpChurp. Kategori yang dirasakan lebih kurang persaingan berbanding dengan kategori Blogger of The Year by Nuffnang yang mana lebih ramai blogger yang hebat akan menyertainya.

Top 50 Shorty Blogger of The Year by ChurpChurp
Tersenarai juga penyertaan Sop :)
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membuat undian sebelum ini untuk penyertaan Shorty Blogger of The Year by ChurpChurp DiGi WWWOW Awards ini. Mendapat Top 50 merupakan pencapaian terbaik buat Sop kerana itu sahaja sasarannya. Untuk menang memang Sop tidak berharap kerana tahu setakat mana kemampuan dan prestasi Sop :)

Kepada rakan-rakan yang turut menyertai DiGi WWWOW Awards tetapi belum semak kedudukan anda, sila berbuat demikian sekarang. Ramai juga rakan-rakan yang Sop kenal tersenarai. Tahniah kepada semua yang berjaya dalam senarai Top 50 DiGi WWWOW Awards :)

Sila semak Top 50 DiGi WWWOW Awards di sini.


EmoticonEmoticon