30 July 2013

Sudah bayar zakat fitrah?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Resit Zakat Fitrah Kuala Lumpur
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Syarat Zakat Fitrah

  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.


Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5

  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Sumber: Wikipedia

Anda sudah bayar zakat fitrah?
Sop sudah bayar Jumaat lepas semasa ke masjid. Pusat pungutan zakat sekarang berada di banyak tempat untuk memudahkan umat Islam membayarnya.

Setakat ini, Sop belum pernah membayar zakat sebelum solat Sunat Hari Raya walaupun waktu yang paling afdhal lerana takut terlepas. Biasanya agak ramai juga yang bayar zakat fitrah sebelum solat sunat Hari Raya. Jika terlepas telah jadi makruh, susah juga bukan?


EmoticonEmoticon