11 July 2013

Pengalaman bersahur dan puasa Azfar serta Azwar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, hari ini telah selesai kita berpuasa hari kedua Ramadhan. Mungkin rutin masih belum lagi selesa bukan?
Pengalaman bersahur dan puasa Azfar serta Azwar
Masih mengantuk ketika bersahur :)
Masalah yang sering sukar kita lalui peringkat awal ialah bersahur. Anak-anak pasti belum selesa dengan makan bersahur. Sop sendiri masa kecil-kecil dulu tiada selera hendak makan tetapi selepas seminggu baru rasa berselera.

2 hari Azfar dan Azwar telah diminta bangun bersahur. Berjaya bangun untuk bersahur tetapi nampak sangat makan kerana terpaksa :)

Latihan bersahur sebahagian daripada latihan berpuasa kerana apabila bersahur sekurang-kurangnya lebih tahan untuk berpuasa.

Pada hari pertama Azfar dan Azwar gagal berpuasa. Azfar pulang dari sekolah agama terlalu kepenatan hingga nenek membenarkan untuk Azfar makan. Pada hari ini, Azfar telah berjaya berpuasa sehingga tengah hari tetapi 'kantoi' apabila Azwar pulang membawa kek dan makan didepannya. Sekali lagi nenek membenarkan Azfar makan. Walaupun tidak berjaya puasa penuh tetapi ada peningkatan tempoh berpuasa yang mana dari jam 10.30 pagi pada hari pertama dan meningkat kepada jam 12.30 tengah hari.

Semoga esok akan lebih meningkat pencapaian puasa Azfar :)

Anda umur berapa berjaya puasa? Masih ingat?


EmoticonEmoticon