21 July 2013

Candy Crush Saga Hack Cheat - Android

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Rajin pula Sop update entry tentang permainan Candy Crunch Saga seperti entry Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai dan Demam bermain Candy Crush Saga. Maklum sahaja, Candy Crush Saga menjadi permainan popular sekarang ini. Rata-rata mesti layan sikit atau banyak :)


Permainan Candy Crush Saga yang kelihatan mudah tetapi mencabar minda mereka yang bermain. Oleh sebab itu ramai juga yang telah berputus asa kerana gagal dalam sesuatu peringkat. Ada juga yang telah bosan kerana terlalu banyak level yang perlu dihabiskan. Ada juga yang telah insaf dan meninggalkan permainan Candy Crush Saga ini (ada tak kat sini?) Hehehehe

Semejak Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai, ada yang mencari pelbagai kaedah untuk berjaya melepasi peringkat atau menambah nyawa. Ada cara paling mudah untuk mendapatkan nyawa kembali tanpa tunggu atau minta pada rakan ialah dengan membuat perubahan tarikh pada telefon. Permainan Candy Crush akan bertambah nyawa penuh apabila tarikh telah bertukar. Agak penat juga jika hendak tukar tarikh sahaja untuk dapat 5 nyawa.

Ada aplikasi permainan Candy Crush Saga yang telah diubahsuai sehingga boleh mendapat 9999 nyawa. Fail pemasangan aplikasi (installer) telah diubah dan berfungsi seperti biasa cuma bezanya anda ada 9999 nyawa. Main sampai tahun depan rasanya belum abis hanya tersebut. Hehehe

Berminat?
Sila muat turun fail installer Candy Crush Saga Hack Cheat - Android versi 1.15.1 di sini.

Untuk memasang, sila unistall dahulu fail Candy Crush Saga dari telefon.
Pasang Candy Crush Saga daripada fail yang dimuat turun.
Jika anda gagal untuk connect dengan akaun Facebook, sila unistall aplikasi Facebook anda. Cuba connect kembali dan akan keluar paparan untuk login Facebook.
Setelah berjaya connect akaun Facebook, aplikasi Facebook oleh dipasang kembali.

Kini anda berjaya memiliki permainan Candy Crush Saga yang mempunyai 9999 nyawa.

Sila bermain dengan berhemah walaupun anda mempunyai 9999 nyawa. Selamat bermain.

9999 Full


EmoticonEmoticon