Cabaran photo shoot gambar bayi
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Tugas jurugambar bukan tugas yang mudah bukan?
Nampak seperti mudah sahaja 'snap' sana, 'snap' sini dapat gambar tetapi hendak mendapat gambar yang terbaik memang susah!
Mengambil gambar bayi pasti satu cabaran yang sukar kerana bukan mudah berurusan dengan bayi. Jika model, mungkin mudah kerana kita boleh arahkan bagaimana kehendak kita tetapi bayi?
Cuba arah berdiri diam, boleh tak? Hehehe
Itu yang beraku apabila cuba untuk mengambil gambar Auni. Cukup susah jika hendak mengambil gambar beliau. Caranya hanya dengan cara spontan dan dalam keadaan yang sesuai. Kena sentiasa peka dengan keadaan dan masa yang sesuai. Ada masa perlu sentiasa bersedia dengan kamera untuk mendapat 'spot' yang terbaik :)
Jika jurugambar prfesional pasti tiada masalah tetapi bagi Sop yang baru hendak belajar mengambil gambar pasti sukar. Masih banyak yang perlu dibelajar dan cari teknik-teknik tertentu. Namun apabila dibaca dari info-info, mengambil gambar bayi memang cabaran yang tinggi.
Apa pula pandangan anda?
Ada masalah mengambil gambar bayi?
EmoticonEmoticon