13 July 2013

Beriadah di bulan puasa?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Alhamdulillah, telah masuk hari ke empat kita berpuasa. Semoga kita terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa tahun ini. Ada rakan yang tidak boleh berpuasa kerana masalah kesihatan tetapi ingin sangat berpuasa. Sedih juga melihat status beliau menyatakan ingin berpuasa tetapi tidak boleh. Ini kali pertama beliau tidak dapat berpuasa kerana masalah kesihatan. Semoga beliau cepat sembuh. Amin

Riadah di bulan puasa?
Berbasikal mungkin riadah yang tidak terlalu penat :)
Adakah ada melakukan aktiviti riadah dibulan puasa?
Puasa bukan penghalang untuk kita beriadah bukan? Walaupun berpuasa, kita masih mampu untuk bersukan  dan beriadah. Buat masa ini, Sop belum lagi beriadah dibulan puasa. Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kami lebih banyak berehat dan berjalan-jalan shopping kompleks.

Malah jika dibelah petang, aktiviti sibuk dengan mencari juadah berbuka atau membuat persiapan berbuka.

Jika beriadah dengan aktiviti ringan seperti berbasikal, berjoging atau sebagainya pasti tiada masalah bukan? Jika bersukan dengan aktiviti lasak seperti permainan yang berpeluh, mungkin satu cabaran juga.

Apa pandangan anda pula?
Adakah anda sangguh untuk beriadah atau bersukan di bulan puasa?


EmoticonEmoticon