29 June 2013

Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Android merupakan sistem operasi yang digunapakai oleh banyak telefon pintar sekarang ini. Versi terkini untuk telefon pintar ialah Android 4.2.2 seperti yang telah dipasang pada telefon Samsung S4 dan HTC One.

Bagaimana pula dengan telefon lain?
Bagi Samsung S3, versi terkini ketika ini hanya Android 4.2.1 sahaja. Belum ada official update untuk ke versi Android 4.2.2. Kemungkinan tiada official update untuk Android versi terbaru kerana Samsung S4 menjadi tumpuan sekarang ini.

Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2
Setelah update ROM
Namun begitu, ada pembangun perisian yang membangunkan Android 4.2.2 untuk Samsung S3. Walaupun bukan official tetapi mampu berfungsi dengan baik :)

Oleh kerana hendak juga merasa Android 4.2.2, Sop telah membuat update Samsung S3 dengan sistem operasi Android 4.2.2 bukan official tersebut. Apa yang dirisaukan tentang sistem operasi bukan official update ialah jika terdapat masalah. Berdasarkan review daripada mereka yang telah memasangnya, setakat ini tiada masalah yang muncul.

Setelah mengikuti langkah yang diberikan, akhirnya telefon Samsung S3 Sop telah berjaya menggunakan Android 4.2.2.

Tiada banyak perbezaan berbanding Android 4.2.2 dengan 4.2.1 jika dilihat secara kasar.

Kepada pengguna Samsung S3 yang ingin memasang Android 4.2.2, sila rujuk di http://wanamlite.com/2013/06/07/wanamlite-xxubmea-v1-1-android-jb-4-2-2-clean-stable/

Setiap risiko penggunaan sistem operasi ini adalah tanggungjawab sendiri :)

Galeri gambar:
Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2
Gmail yang terbaru. Semua sudah update?

Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2
Light effect yang best

Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2
Menu atas yang pelbagai

Update Samsung S3 kepada Android 4.2.2
Menu setting yang berbeza


EmoticonEmoticon