07 June 2013

Tangan Auni luka terkena ......

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tangan Auni luka
Luka masih merah
Peringkat bayi boleh berjalan merupakan masa yang agak kritikal dalam jadual tumbesaran. Bayi bukan sahaja aktif tetapi suka meneroka sesuatu yang baru.

Sejak Auni mendapat kaki (boleh berjalan), langsung tidak duduk diam. Ada sahaja aktiviti yang dilakukan oleh Auni. Ke sana ke sini adalah perkara biasa. Kita yang melihat pun rasa penat tetapi Auni seperti tiada apa yang berlaku :) Auni hanya duduk diam jika tidur Hehehe

Dengan ada pula abang-abang, lagilah Auni ligat. Abang-abang menjadi contoh keaktifan kepada Auni. Malah Auni seperti kebosanan apabila tiada abang-abangnya bersama :) Apa abang-abang buat, Auni pasti akan turut serta. Agaknya ikut siapa? Hehehe

Semalam kami baru perasan tangan Auni luka. Agak panjang juga lukanya tetapi tidak dalam. Kami tidak pasti punca tangan Auni luka. Tanya Auni kenapa luka tetapi jawapan ".........." Auni belum boleh cakap la. Hehehe

Walaupun luka tidak dalam tetapi agak makan masa juga untuk baik. Ini kerana apabila luka di tapak tangan mesti lambat sembuh. Tapak tangan sentiasa digunakan, selalu basah dan selalu pegang.

Buat masa ini kami tidak letak apa-apa ubat. Tunggu masa untuk sembuh sendiri. Budak cepat sembuh bukan?

Dalam sentiasa berjaga-jaga ada juga kemalangan. Nasib baik tidak teruk! Tetapi itulah dunia bayi :)


EmoticonEmoticon