12 June 2013

RHBNow Profile validation period has expired?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Emel domain korporat
Pernah menerima emel SPAM seperti ini?
Dulu semasa kurang kesedaran tentang email SPAM ini, ramai yang terkena dengan teknik seperti ini. Tidak sangka dengan satu klik, habis duit dalam akaun.

Setelah kesedaran pengguna tinggi tentang penipuan internet ini, agak jarang kita mendengar ada yang tertipu. Pihak bank juga banyak mengadakan promosi dan kempen kesedaran tentang penipuan ini.

Agak lama Sop tidak menerima SPAM seperti ini tetapi hari ini boleh terima pula. Apa yang menarik kali ialah email yang digunakan dari RHB iaitu ajmd@rhb.com.my. Biasanya jika emel selain dari koporat emel memang kita tahu itu SPAM. Jika guna emel korporat bank, mungkin ada yang tertipu bukan?

Butang "Submit" ke URL lain 
Penipu kelihatan semakin hebat mencari jalan untuk menipu pengguna!

Sebagai pengguna, kita perlu peka dan berhati-hati. Kesilapan kecil boleh membawa kemudaratan. Dalam emel tersebut, Sop diminta kemaskini maklumat/varisifikasi melalui butang yang diberikan. Jika tidak akaun ada masalah! Ayat yang menakutkan pengguna bukan?

URL fraud untuk RHB
Apabila diklik kepada link tersebut, pengguna akan dibawa ke fraud site / pishing site yang akan mensalin maklumat apabila kita login. Semua tahu selepas itu apa terjadi jika maklumat pengguna telah disalin bukan? Kecuali tiada duit dalam bank seperti akaun RHB Sop. Hehehe

Kepada pengguna, sentiasa berhati-hati untuk tidak terjerat dengan penipuan seperti ini. Pihak bank tidak akan menghantar emel atau SMS kepada pengguna untuk minta kemaskini maklumat.

Sekian, terima kasih :)


EmoticonEmoticon