Restoran George Town White Coffee, Wangsa Walk
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Anda peminat kopi?
Jika anda peminat kopi, pasti selalu singgah ke kopitian untuk menikmati kopi yang sedap.
Restoran George Town |
Walaupun pernah singgah dan minum di Restoran George Town White Coffee, Sop belum lagi pernah untuk mencuba menu di sini. Ini adalah kali pertama kami pesan untuk makan tengah hari di Restoran George Town White Coffee, Wangsa Walk.
Menu pilihan kami ialah Car Kuew Teow dan Nasi Goreng Nenas. Hidangan nasi goreng sungguh istimewa kerana ia diletakkan di dalam potongan buah nenas. Hiasan hidangan nasi goreng nenas sama seperti di dalam buku menu. Walaupun hidangan sangat menarik tetapi rasa tidak sama seperti hidangan. Rasa nasi goreng nenas tersebut agak pudar dan kurang sedap.
Nasi goreng nenas |
Restoran George Town White Coffee, Wangsa Walk merupakan restoran yang bersih, menarik dan perhidmatan juga memuaskan.
Anda pernah singgah menjamu selera di Restoran George Town White Coffee?
Galeri gambar:
Tekan untuk panggil pelayan |
EmoticonEmoticon