Program cuti sekolah - Go Genting Highland
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Cuti sekolah kini berada di penghujungnya. Isnin ini anak-anak akan bersekolah kembali setelah 2 minggu bercuti. Suasana di jalan raya akan kembali sibuk terutamanya di Kuala Lumpur.
Aktiviti cuti sekolah kami untuk minggu ini ialah melepak di Genting Highland. Seperti semua tahu, setiap kali musim cuti pasti ramai yang akan ke Genting Highland. Walaupun tidak bermain di Taman Tema, lepak-melepak di Genting Highland pun sudah cukup sambil menghirup udara segar.
Kami agak lewat ke Genting Highland semalam kerana pada sebelah pagi, Sop ada acara untuk blogger. Selesai acara tersebut, baru kami bertolak ke Genting Highland. Agak lewat juga untuk ke Genting Highland tetapi nasib Kuala Lumpur ke Genting Highland tidak jauh.
Cuaca yang cerah |
Kad eZiCash Genting Highand |
Sungguh mudah menggunakan kad eZiCash ini kerana tidak perlu membawa token banyak-banyak dan urusan bermain juga mudah. Kesannya, kredit pun abis cepat! Hehehe
Pusing, jangan tidak pusing :) |
Setelah penat melepak, akhirnya kami bertolak balik pada jam 8.00 malam. Ketika itu, hujan telah reda.
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon