25 June 2013

Pencukur mesin atau pencukur tradisional?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Apa jenis pencukur anda?
Tradisional atau mesin?
Pencukur tradisional merujuk kepada alat pencukur yang menggunakan pisau cukur biasa mana kala mesin pencukur merujuk kepada mesin yang menggunakan elektrik atau bateri.                

Bagi lelaki, pencukur adalah keperluan biasa untuk mencukur janggut dan misai. Sop telah biasa menggunakan pisau pencukur tradisional kerana rasa lebih mudah. Sebelum ini pernah menggunakan mesin pencukur murah tetapi kesannya sangat tidak berpuas hati.


Baru-baru ini ada promosi mesin pencukur jenama Philips sempena Hari Bapa. Berkali-kali juga berfikir sebelum beli kerana takut tidak selesa dan berkesan. Pernah sebelum ini Sop menggunakan mesin pencukur murah dan rasanya sangat tidak selesa dan tidak licin. Silap Sop juga kerana beli jenama murah :(

Setelah mencuba buat kali pertama mesim pencucur tersebut, prestasi memberansangkan. Proses mencukur berjalan lancar dan licin. Bukan setakat janggut dicukur tetapi dengan rambut sekali. Sangat berpuas hati dengan mesin pencukur ini.



Untuk makluman, semua mesin pencukur jenama Philips mempunyai jaminan selama 2 tahun. Harga biasa ialah RM99 tetaou untuk promosi harga Hari Bapa ialah RM79 sahaja. Jika hendak yang lebih canggih, sila ambil yang berharga RM599 yer. Sop tidak mampu hendak beli yang itu. Huhuhu

Bagaimana anda pula?
Anda masih mengguna pencukur tradisional atau mesin pencukur?


EmoticonEmoticon