11 June 2013

Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Ingin makan makanan Pulau Pinang seperti jeruk buah, kerepek, makanan ringan, keropok dan sebangainya?

Warga Kuala Lumpur tidak perlu ke Pulau Pinang untuk mendapatkan produk Asas Tani tersebut kerana anda boleh dapatkannya di Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013 yang sedang berlangsung di AEON Aplha Angle, Wangsa Maju.



Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013 ini berlangsung bermula 11 - 23 Jun 2013 anjuran FAMA dengan kerjasama MOA, ICU dan MPBPP.



Selain daripada pusat jualan, pengunjung juga boleh menyertai cabutan bertuah dan persembahan yang akan diadakan secara berperingkat. Bagi pembelian melebihi RM50.00 di pusat karnival, pengunjung layak menyertai cabutan bertuah.



Pengunjung yang singgah di karnival ini juga boleh mencuba makanan atau produk yang dipamerkan. Rasa dahulu sebelum beli :)

Sop sempat juga meronda-ronda di Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013 semasa singgah ke AEON Apha Angle ini.

Tidak perlu ke Pulau Pinang jika telah datang ke Karnival Usahawan Industri Asas Tani Bumiputera Pulau Pinang 2013 ini :)


EmoticonEmoticon