28 June 2013

Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anda peminat permainan Candy Crush Saga?
Permainan Candy Crush Saga yang ketika ini menjadi kegilaan ramai pemilik telefon pintar.
Permainan Candy Crush Saga nampak singkas tetapi mencabar. Permulaan yang mudah dan semakin sukar setiap kali bertukar tahap. Bagi yang sedang tergila-gila permainan Candy Crush Saga ini pasti akan tidak mahu berhenti daripada bermain.

Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai
Jom bermain
Permainan Candy Crush Saga ini disambung terus dengan ID Facebook yang mana membolehkan pemaian melihat kedudukan rakan. Selain itu, fungsi untuk berkongsi nyawa dan hadiah menjadikan permainan Candy Crush Saga ini cukup menyeronokkan.

Sop tidak bermain Candy Crush Saga ini tetapi yang bermain ialah Mrs Sop. Jika rakan-rakan melihat Sop berada di tahap tersebut, ia adalah hasil kerja Mrs Sop. Kedua-dua telefon dia bermain! Habis bateri telefon sendiri, sambung pula telefon Sop :)

Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai
Nampak mudah bukan?
Bagaimana hendak bermain Candy Crush Saga?
Bagi yang belum memasang Candy Crush Saga, sila muat turun daripada Google Play bagi telefon Android dan iTunes bagi pengguna iPhone.

Susun gula-gula untuk mendapat 3 urutan bentuk yang sama untuk hancurkannya. Lebih banyak urutan, lebih banyak markah diperolehi. Setiap tahap mempunyai misi yang tersendiri untuk dicapai. Jika gagal, anda boleh ulangi lagi tetapi nyawa akan ditolak. 5 nyawa yang diberikan akan ditolak jika gagal. Jika kehabisan nyawa, anda perlu tunggu untuk nyawa bertambah kembali. Namun begitu, anda boleh meminta nyawa daripada rakan jika tidak mahu menunggu tempoh yang diberikan.

Candy Crush Saga menjadi kegilaan ramai
Anda di level mana?
Permainan ini nampak bosan sahaja tetapi mencabar! Mereka yang bermain Candy Crush Saga ini pasti tahu bertapa sukarnya permainan ini.

Anda telah berada di tahap mana?


EmoticonEmoticon