12 June 2013

Baru dapat menonton Fast 6

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Sudah menonton filem Fast & Furious 6?
Sop percaya ramai yang telah menonton filem Fast 6 kerana ia telah lama berada di pawagam.

Fast & Furious merupakan filem kegemaran kami. Sejak dari Fast & Furious pertama lagi, kami telah mengikuti filem ini. Malah DVD filem Fast & Furious pun kami kumpul dan selalu layan. :)

Jika sangat minat, kenapa lambat menonton filem Fast 6?
Filem Fast 6 adalah di bawah kategori tontonan untuk 18 tahun ke atas. Itu yang menjadi masalah! Bukan Sop yang belum cukup umur yer tetapi anak-anak tidak boleh menonton filem Fast 6 ini.

Jika anak-anak tidak boleh masuk menonton, bagaimana hendak Sop menonton kan? Akhirnya Sop dan Mrs Sop terpaksa cuti kerja untuk menonton filem Fast 6 ini. Anak-anak bersekolah dan Auni berada di rumah mertua merupakan masa terbaik untuk kami ke panggung.

Akhirnya dapat juga melepaskan geram untuk menonton filem Fast 6. Walaupun terpaksa cuti, sangat berbaloi menonton filem Fast 6 ini. Terbaek!

Bagi yang belum menonton filem Fast 6, pastikan anda menonton segera. Memang best!


EmoticonEmoticon