18 June 2013

Auni memperkudakan Azfar?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Perkuda bermaksud menjadikan seseorang menjalankan sesuatu tugas. Namun begitu, dalam kes Auni ia lebih kepada menjadikan abangnya sebagai kuda. Oleh sebab itu, laju sahaja apabila Azfar baring pasti terus dinaik oleh Auni.

Auni memperkudakan Azfar?

Banyak kali Auni naik ke belakang Azfar tetapi tidak kesempatan untuk merakamkan saat tersebut. Kali ini, Sop beruntung kerana mempunyai kamera di tangan. Rakaman yang boleh menjadikan kenangan antara abang dan adik :)

Azfar adalah seorang abang yang baik kerana pandai melayan, jaga dan prihatin dengan Auni. Buat masa ini, jika diminta menjaga Auni Azfar tiada masalah. Jaga yang Sop maksudkan ialah perhatikan tingkah laku Auni daripada melakukan sesuatu yang berbahaya seperti memanjat kerusi, sofa dan makan sesuatu. Auni sekarang mana boleh dipegang-pegang! Auni ingin bebas bergerak ke sana dan ke sini ikut kehendaknya.

Buat masa ini kami tidak membenarkan Azfar bergerak ketika membawa Auni ketika jadi kuda kerana takut akan hilang imbangan dan boleh menyebabkan Auni jatuh. Agak merbahaya kepada Auni yang masih belum mampu imbangkan badan sepenuhnya.

Harap-harap lepas ini Auni tidak memperkudakan Papa dia. Hehehe

Anda pernah bermain macam ini?

Auni memperkudakan Azfar?
Siapa nak jadi kuda?


EmoticonEmoticon