13 June 2013

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tablet adalah gajet yang cukup popular sekarang ini. Penggunaannya cukup meluas bukan sahaja oleh orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Biasanya untuk kanak-kanak hanya tablet murah diberikan tetapi ada juga ibubapa yang menyediakan tablet mahal kepada anak-anaknya seperti iPad, Samsung Galaxy Tab dan sebagainya.

Gaya paling tak menahan!
Sop hanya mampu berikan anak-anak dengan tablet murah sahaja. Itupun telah 2 kali rosak iaitu skrin pecah dan tempat charge rosak. Bayangkan jika tablet mahal pecah skrin, mahu menangis tidak berlagu :) Walapun tablet murah, ia boleh berfungsi dengan baik. Dengan Android, pelbagai jenis permainan, aplikasi dan sebagainya boleh dimuat turun secara percuma. Azfar dan Azwar hanya download permainan sahaja bila adaa WiFi.

Walaupun masing-masing ada tablet, penggunaannya dicatu dan terkawal. Azfar dan Azwar dibenarkan bermain dihari cuti sekolah sahaja. Hari bersekolah memang tidak dapat guna langsung! Penggunaan tablet tanpa terkawal memang aka beri masalah kepada anak-anak nanti.

Oleh sebab itu apabila Azfar dan Azwar mendapat tablet, masing-masing akan duduk diam! Melepaskan gian untuk bermain tablet tersebut. Dengan permainan yang telah banyak dipasang, agak sukar untuk mereka bosan :)

Biasanya ibubapa memberikan tablet kepada anak-anak untuk memastikan mereka untuk duduk diam. Memang berkesan kerana anak-anak akan fokus dengan tablet tersebut. Sop juga berikan Azfar dan Awar bermain tablet semasa memandu perjalanan jauh untuk mengelak kebosanan berada di dalam kereta.

Malah, Sop juga galakkan mereka memuat turun aplikasi berunsur pendidikan. Jika bosan-bosan bermain game, boleh juga belajar. Agak jarang untuk kanak-kanak bosan bermain game bukan? Hehehe

Jom layan aksi-aksi Azfar dan Azwar bermain tablet:

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet

Aksi Azfar dan Azwar bersama tablet


EmoticonEmoticon