Ah Cheng Laksa di Festival City, Kuala Lumpur
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
![]() |
Ah Cheng Laksa |
Sop tidak pasti berapa banyak cawangan yang ada cuma tahu ada di Festival City, Kuala Lumpur. Ia dibuka secara restoran kecil sahaja di tengah-tengah Festival City.
Sebelum ini pernah cuba singgah tetapi tempat duduk yang sentiasa penuh menghalang dari Sop dan keluarga untuk mencuba di Ah Cheng Laksa ini. Kali ini, Sop berpeluang mencuba menu di Ah Cheng Laksa ini kerana pelanggan sedikit kurang. Hari bekerja agak kurang pelanggan di Festival City tetapi jika hari minggu, mungkin agak sukar untuk menjamu selera di Ah Cheng Laksa ini
Sejarah Ah Cheng Laksa ini ialah ia telah bermula sejak 1955 di Alor Setar, Kedah. Rahsia Ah Cheng Laksa bertahan dan berkembang ialah mengekalkan ramuan dan masakan Utara. Siapa tidak tahu keenakkan laksa Kedah bukan?
Menu di Ah Cheng laksa di Festival City ini tidak banyak iaitu terdiri daripada laksa, mee kari dan mee rebus. Pilihan minuman juga tidak banyak disediakan. Kami telah mencuba set laksa dan mee kari.
Hendak tahu kenapa Ah Cheng Laksa sentiasa ramai pelanggan?
Baru Sop tahu kenapa pelanggan sentiasa memenuhi Ah Cheng Laksa. Rupanya menunya sungguh sedap. Laksanya betul-betul rasa dari utara :)
![]() |
Set hidangan RM8.90 sahaja |
Galeri gambar:
EmoticonEmoticon