07 May 2013

Virus demam masih berada di rumah Sop

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Virus demam ini ada musim juga?
Ini kerana apabila ada yang demam, secara tidak langsung akan berjangkit terutama kanak-kanak. Malah jika ke klinik atau hospital pasti ramai yang juga demam :)

Sebelum ini seorang perseorang ahli keluarga Sop demam. Sekarang ini, giliran Sop pula yang demam. Dari semalam lagi badan rasa lemah dan kurang cergas. Sop hanya mengambil panadol sahaja sebelum ini.

Hari ini terpaksa ke klinik untuk mengambil ubat dan MC :) Selasai sahaja makan ubat tadi, Sop terus tidur dan tidur. Mungkin kesan ubat-ubat yang dimakan. Bangun tidur ini, rasa sedikit segar :)

Kepada rakan-rakan, jaga kesihatan amda :)


EmoticonEmoticon