Restoran Killiney Kopitiam KLCC
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah singgah minum atau makan di Restoran Killiney Kopitiam KLCC?
Restoran Killiney Kopitiam KLCC |
Seperti biasa, setelah penat meronda di Aquaria KLCC, mesti rasa dahaga bukan?
Keluar sahaja dari Aquaria KLCC, kami terus singgah minum di Restoran Killiney Kopitiam KLCC yang terletak di luar Aquaria KLCC.
Menu Restoran Killiney Kopitiam KLCC tiada beza dengan kopitiam yang lain. Oleh kerana masa tersebut waktu petang, menu terbaik untuk kami ialah minum petang :) Sebenarnya dahaga yang lebih, bukan lapar Hehehe
Kami telah memesan otak-otak dan keropok lekor. Agak jarang kopitiam ada menu ini bukan?
Untuk minum petang, sesuai sangat kami makan ringan-ringan sahaja :)
Nama restoran Killiney ini ialah nama jalan yang terdapat di Singapura iaitu Killiney Road. Kopitiam yang asal berada di Killiney Road ini telah bermula sejak tahun 1919. Jika di Malaysia, ia kiranya sama dengan Restoran Old Town White Coffee :)
Otak-otak yang dipesan sedap juga (kira ada rasa juga otak-otak) Bagi keropok pula, orang Terengganu mesti tidak hairan kerana keropok Terengganu jauh lebih sedap. Tetapi itu di Terengganu! Jika di Kuala Lumpur, semua jadi sedap bukan? Hehehehe
Jom layan gambar:
EmoticonEmoticon