06 May 2013

Kempen Undian Keek Terbest Pilihan Anda

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Bantu undi video Sop :)
"Undian keek terbest pilihan anda" telah bermula di blog Denaihati. Agaknya Sop yang ketinggalan kerana masing-masing yang menyertai peraduan telah mula berkempen. Ada yang telah mendapat jumlah undian yang cukup tinggi. Kempen PRU 13 memang Sop tidak terlibat tetapi kempen untuk mengundi video Keek terbest ini mestilah buat kerana hadiah menarik disediakan kepada pemenang.

Apa peraduan Keeks Blogger Paling Best Pilihan Anda ini?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia dilanda fenomena sosial video terbaru Keek.com dimana ahli boleh kongsi video pendek atau dipanggil “Keeks” untuk tatapan teman-teman. Paling menarik kita boleh memberi komen juga dalam betul video yang namakan “Keekback”.
Denaihati juga tidak ketinggalan ikut trend kerana Keek.com ini ada potensi untuk menjadi alat untuk promosi jenama yang baik dan juga boleh menjadi platform untuk pengiklanan. Kepada yang belum ada akaun Keek.com mudah je download aplikasi Keek di smartphone .. percuma je .. dan daftar dengan menggunakan email tapi jangan lupa aktifkan akaun melalui email yang dikirimkan di email anda.
Kepada yang sudah ada akaun Keek jom follow dan subscribe Denaihati @ http://keek.com/denaihati untuk jadi antara ribuan follower Denaihati. Bagus juga kalau dapat vote untuk Denaihati .. nak vote klik je link sebelah perkataan “Kred” dibawah username tu dan paling penting mesti saksikan koleksi Keeks Denaihati.
Ramai juga Rakan Denaihati yang sudah ada akaun Keek.com. Berikut antara beberapa Keeks yang menarik. (Sumber)
Untuk melihat semua video Keeks yang menyertai peraduan ini, sila lawat di sini. Video yang Sop hantar berada di nombor 3 iaitu video berikut:


3. http://www.keek.com/gnesop
3. http://www.keek.com/gnesop

Sop memohon bantuan rakan-rakan untuk mengundi video Keeks ini untuk menang. Untuk mengundi, rakan-rakan perlu tanda 3 video untuk menghantar undian. Sila buat undian di http://denaihati.com/undian/undian-keek-terbest-pilihan-anda

Silalah undi video Keek Sop. Walaupun keeks tersebut kurang best, tetapi jika rakan-rakan mengundi, pasti menjadi best! Terima kasih atas sokongan anda


EmoticonEmoticon