Berada Hang Tuah City Hotel Melaka
Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Pernah singgah di Hang Tuah City Hotel Melaka?
Sop baru pertama kali singgah dan menginap di Hang Tuah City Hotel Melaka ini atas urusan kerja. Sebelum ini pernah lalu untuk makan roti canai asam pedas berhampiran hotel ini.
Sop baru pertama kali singgah dan menginap di Hang Tuah City Hotel Melaka ini atas urusan kerja. Sebelum ini pernah lalu untuk makan roti canai asam pedas berhampiran hotel ini.
Sebelum ini, Hang Tuah City Hotel Melaka ini dikenali sebagai Straits Meridian Hotel tetapi selepas pengurusan baru, ia telah bertukar nama.
Hang Tuah City Hotel Melaka sebuah hotel yang lama tetapi masih elok cuma perlu dibuat penambahbaikkan untuk menjadi lebih baik seperti TV yang agak lama, tandas perlu lebih dicuci, ruang menonton perlu diletak sofa dan hiasan bangunan perlu lebih ceria.
Kemudahan yang disediakan cukup memuaskan seperti kolam renang, WiFi hingga ke bilik, ruang makan dan karbinet dapur, ruang menonton, seterika dan papan menggosok di laluan bilik dan parking bawah bangunan.
Secara keseluruhan, Hang Tuah City Hotel Melaka masih baik dan sesuai untuk penginapan walaupun tidak mewah dan hebat.
Berada di sini cuma agak jauh dengan Bandar Hilir dan juga kawasan pantai kerana ia terletak di kawasan pekan yang dikelilingi kawasan kedai dan pejabat.
EmoticonEmoticon