17 May 2013

Auni dengan klip rambut

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Anak perempuan pasti berbeza keperluan aksesori berbanding anak lelaki bukan?
Keperluan berbeza dan gaya juga berbeza untuk kedua-dua anak.

Auni dengan klip rambut
Klip rambut berwarna pink
Sebelum ini, Sop hanya mempunyai 2 hero yang mana aksesori dari segi pakaian dan keperluan sangat ringkas. Maklum sahaja sama seperti Sop yang suka dengan gaya ringkas. Cewah! Hehehe

Apabila menerima anak perempuan, banyak pengalaman baru yang dilalui dan salah satunya ialah pakaian. Banyak betul pilihan pakaian anak perempuan berbanding anak lelaki bukan?

Jika anak lelaki mungkin tidak kisah sangat jika ringkas sahaja tetapi anak perempuan perlu lebih untuk menunjukkan ciri anak perempuan. Masih ingat masa Auni selepas cukur rambut yang mana agak lama untuk rambut panjang. Ramai yang menegur anak lelaki ker?

Sudahlah Auni rambut pendek, pakaian pula ringkas dan tiada aksesori untuk bayi perempuan. Sabar je lah! Hehehe

Sekarang ini, rambut Auni telah agak panjang (tetapi belum boleh ikat) dan pakaian juga banyak berwarna pink. Aksesori tidak banyak tetapi masih peringkat mengumpul. Harapkan Mrs Sop sahajalah untuk cari aksesori yang sesuai kerana Sop kurang pengalaman hal perempuan, Hehehe

Klip rambut ini dibeli kerana rambut Auni yang kerinting dan agak panjang. Dengan pemakaian klip rambut tersebut, rambut Auni lebih kemas dan teratur. Malah pemakaian klip rambut tersebut menyerlahkan lagi sebagai anak perempuan. Betul tak?

Tunggu masa yang sesuai pula untuk pakaikan tudung, baru lebih comel kan?

Terima kasih kerana menbaca entry ini :)

Auni dengan klip rambut

Auni dengan klip rambut
  
Auni dengan klip rambut

Auni dengan klip rambut


EmoticonEmoticon